SUKARELAWAN Wilayah Persekutuan (WP) yang terdiri daripada tiga sekawan iaitu Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) menyinsing lengan dalam Program Gotong-Royong dan Kenduri Rakyat di Taman Desa Rahmat, Johor Bahru.
Berinspirasikan Wilayah Persekutuan adalah cermin Malaysia, program bersempena Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia ini menzahirkan semangat Keluarga Malaysia seperti yang didukung oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Dengan kekuatan seramai lebih 30 sukarelawan aktiviti rewang bermula petang Jumaat dan diteruskan dengan gotong-royong membersihkan serta mengecat Dewan Komuniti Taman Desa Rahmat serta pengagihan makanan pada pagi ini.
Turut hadir Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor (Sukan, Belia dan Sukarelawan), On Jabbar @ Ja’afar yang turut meluangkan masa mengagihkan makanan kepada penduduk setempat sejurus aktiviti gotong-royong tamat. – WILAYAHKU