Berita

Sufian Suhaimi selamat bernikah

- Diterbit 2 Mei 2025 12:50 PM MYT

PENYANYI dan usahawan, Sufian bin Suhaimi, 33, atau lebih selamat nikah dengan pilihan hatinya, Rania Al Sadat, 25, dalam sebuah majlis tertutup yang diadakan di Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pagi tadi.

Majlis akad nikah disempurnakan sekitar jam 9.30 pagi dengan hanya satu lafaz oleh Sufian ahli keluarga dan kenalan terdekat.

Sufian dinikahkan bapa pengantin perempuan Syaraff Al Sadat.

Sufian menyerahkan mas kahwin berupa 1
dinar emas, bersama 3 dulang hantaran berbalas 5, termasuk sebentuk cincin dan gelang buat pengantin perempuan.

Pasangan ini berkenalan sejak 2022 dan telah mengikat tali pertunangan pada awal
Februari 2025.

Selepas mendapat persetujuan daripada kedua-dua keluarga, mereka sepakat untuk
melangsungkan pernikahan hanya dua bulan selepas bertunang.

Menurut Sufian yang juga anak kedua dari tiga beradik ini, majlis resepsi akan diadakan
secara sederhana dan tertutup.

“Majlis resepsi hanya diadakan di kalangan ahli keluarga terdekat sahaja, bertempat di ibu kota, dengan jumlah jemputan yang terhad,” katanya.

Sempena tarikh keramat ini, Sufian turut mempersembahkan sebuah karya istimewa buat peminat menerusi lagu bertajuk Saksi
,hasil ciptaan Sirkhan, Namjan dan
Rinkarnaen.

Lagu ini membawa naratif kisah cinta pasangan ini, dan turut disertakan dengan muzik video eksklusif yang boleh ditonton di saluran YouTube rasmi Sufian bermula jam 2 petang hari ini.

Rania turut tampil secara istimewa dalam muzik video tersebut sebagai simbolik kepada perjalanan cinta mereka yang kini menemui pelabuhan bahagia.

Pasangsn ini memaklumkan mereka akan terus komited terhadap kerjaya masing-masing.

Sufian kini sedang giat menyiapkan album sulungnya yang dijangkadilancarkan pada penghujung tahun ini. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas