Lensa

Sue Bonnet Dolls cipta sejarah MBOR

- Diterbit 9 Ogos 2024 12:00 PM MYT

Oleh SHUAIB AYOB

LEBIH 56,000 penutup botol minuman dimanfaatkan bagi menghasilkan 56,436 Sue Bonnet Dolls sekali gus menyahut seruan mengurangkan pencemaran plastik terhadap alam sekitar.

Menariknya, anak patung yang dihasilkan daripada bahan kitar semula seperti penutup botol dan kain perca itu berjaya mendapat pengiktirafan patung terbanyak dihasilkan dalam program seterusnya diabadikan dalam Malaysia Book of Records (MBOR).

Antara yang terlibat dalam program bersejarah itu adalah Ahli Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM) cawangan Selangor yang terdiri daripada ahli Kelip-kelip, Tunas, Remaja, Renjer, Klover. Lensa Wilayahku sempat merakam detik bermakna tersebut. – WILAYAHKU

Lensa:

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas