Berita

SPR umum PRK DUN Mahkota 28 September ini

CREATOR: gd-jpeg v1.0 (using IJG JPEG v62), default quality?
- Diterbit 13 Ogos 2024 6:54 PM MYT

SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) menetapkan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota, Johor akan diadakan pada 28 September ini.

Pengumuman itu dibuat Pengerusi SPR, Datuk Seri Ramlan Harun sebentar tadi di Menara SPR.

Beliau berkata penamaan calon PRK itu akan dibuat pada 14 September dan undi awal pada 24 September ini.

Sebelum pengumuman itu, SPR membuat mesyuarat khas bagi membincangkan urusan dan tarikh-tarikh penting untuk PRK DUN Mahkota.

Mesyuarat turut dihadiri Timbalan Pengerusi SPR, Dr Azmi Sharom dan Setiausaha SPR, Datuk Ikmalrudin Ishak.

Kerusi DUN Mahkota kosong berikutan kematian penyandangnya, Datuk Syarifah Azizah Syed Zain pada 2 Ogos lalu.

Pada 4 Ogos, Ikmalrudin memaklumkan mesyuarat khas itu diadakan selepas SPR menerima pemakluman rasmi daripada Speaker DUN Johor, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi, mengenai kekosongan luar jangka kerusi DUN Mahkota.

Ahli Dewan Undangan Negeri Mahkota, Sharifah Azizah, 63, meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom (HEBHK), Kluang.

Pada Pilihan Raya Negeri Johor Mac 2022, Sharifah Azizah yang juga calon Barisan Nasional (BN) menang kerusi DUN Mahkota dengan majoriti 5,166 undi. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas