Berita

Speaker Dewan Rakyat ikut undang-undang tidak kosongkan kerusi enam parlimen

- Diterbit 11 Julai 2024 12:58 PM MYT

PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertahankan keputusan Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul yang membuat keputusan untuk tidak mengosongkan enam kerusi parlimen Bersatu, dengan alasan bahawa ia dilaksanakan mengikut lunas undang-undang.

Bercakap kepada media, Anwar menggesa Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya membaca tafsiran undang-undang anti lompat parti seperti yang terkandung di dalam Perlembagaan Persekutuan secara menyeluruh, bukannya secara selektif.

Beliau berkata keputusan itu berdasarkan undang-undang, yang memberikan Speaker kuasa untuk menyelesaikan perkara tersebut.

“Ia ikut undang-undang, bukan soal Perdana Menteri, tetapi pembangkang kena ikut undang-undang dan tafsiran undang-undang, ia serah kepda Spekaer

“Saya tidak tahu mengapa dipilih untuk dibaca sebahagian dan ditinggal sebahagian, mungkin itu memang kaedah kerja politik Bersatu dengan sebab itu bila mereka menang pilihanraya dengan cerita sebahagian macam BlackRock, dia cerita sebahagian dia tinggalkan sebahagian, tak betul, baca yang sepenuhnya,” katanya selepas menyampaikan Ucaptama Forum Global Madani di ibu negara hari ini.

Perdana Menteri berkata pihak pmbangkang ketika itu menentang keras beberapa bahagian di dalam deraf akta berkenaan termasuklah sekiranya dipecat daripada parti politik sekali gus perlu digugurkan daripada kedudukan Ahli Parlimen

“Saya tidak terlibat dengan perbincangan mengenai penggubalan akta anti lompat parti ketika ia mula diperingkat perbincangan antara wakil-wakil parti politik

“Yang terlibat adalah wakil daripada kerajaan pada masa itu ada termasuk Tun Wan Junaidi yang sekarang ini adalaah Tuan Yang Terutama (TYY) Sarawak, di sebelah kita (Datuk Seri) Saifuddin Nasution pun ada, sebelah sana (Datuk Seri) Takiyuddin.

“Mereka tahu kita yang keras mahu masukkan bahagian kalau dipecat (parti) sekalipun, mesti gugur (ahli parlimen). Tetapi mereka yang menentang, rekod nya ada dalam perjumpaan,” katanya.

Semalam Muhyiddin mengadakan sidang media di parlimen berikutan menerima surat pemakluman daripada Johari yang mengekalkan kedudukan enam ahli parlimen Bersatu yang menyokong kepimpinan Anwar sebagai Perdana Menteri dan Kerajaan Madani.- WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas