PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menegaskan pelaksanaan skim upah yang lebih adil dan munasabah untuk penjawat awam akan disegerakan.
Beliau berkata skim itu tidak dapat dilaksanakan Kerajaan Perpaduan tahun lepas disebabkan kedudukan kewangan negara ketika itu, selain mewarisi hutang yang tinggi.
“Kita memutuskan untuk menyegerakan pelaksanaan skim upah yang lebih adil dan munasabah kepada penjawat awam, dan saudara harus percaya.
Anwar berkata demikian ketika berucap melancarkan sistem Pangkalan Data Utama (PADU) yang mengandungi profil individu dan isi rumah meliputi warganegara dan pemastautin tetap di Malaysia di sini hari ini.
Pada 14 Julai lepas kerajaan bersetuju mengkaji semula sistem saraan perkhidmatan awam dengan mengambil kira peningkatan kos sara hidup dan tiadanya semakan gaji dibuat sejak 2012.