Berita

Siti Saleha umum sudah bertunang

Foto: Internet
- Diterbit 10 November 2024 8:13 PM MYT

PELAKON drama 7 Hari Mencintai Ku, Siti Saleha membuat pengakuan secara spontan sudah pun bertunang dengan pereka fesyen terkemuka Joshua Fitton.

Pengakuan itu dibuat aktres itu ketika ditemubual di karpet merah acara Kuala Lumpur Fashion Awards (KLFA) 2024, semalam.

Saleha memberikan jawapan spontan itu ketika ditanya mengenai perjalanan 2024 nya.

“Tahun 2024 bagus dan kami pun sudah bertunang. Kami terbuka mengenai itu,” kata Siti Saleha.

Joshua yang kelihatan terkejut dengan kenyataan Saleha bagaimanapun, mengiyakan dan menyatakan dia terbuka dengan pengumuman dibuat tunangnya itu.

“Dia kelihatan tidak bersedia,” kata Saleha lagi sambil ketawa memandang ke arah tunangnya.

Pada Disember 2022, Siti Saleha memperkenalkan kekasihnya yang juga juga seorang pereka fesyen kepada umum.

Siti Saleha ketika itu enggan terburu-buru memikirkan soal perancangan kembali berumah tangga kerana masih lagi dalam proses berkenalan.

Sebelum ini, Siti Saleha pernah mendirikan rumah tangga dengan Ahmad Lutfi Azhar 28 Julai 2017, namun perkahwinan mereka hanya bertahan selama empat tahun. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas