Selebriti

Siti Nurhaliza, suami redah banjir hulurkan bantuan

|SITI bersama suami dan pasukan redah banjir hulurkan bantuan.||
- Diterbit 20 Disember 2021 3:00 PM MYT

BINTANG nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza tetap turun padang menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir meskipun jadualnya padat.

Siti bersama suaminya Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa dan pasukan refah banjir bagi menyalurkan bantuan kepada mangsa banjir di sekitar kawasan Shah Alam, semalam.

Menerusi kemas kini di akaun Instagram beliau, Siti berkongsi aktiviti misi bantuan bencana yang dikelolakannya bersama kakitangan syarikatnya.

“Ya Allah. Saya tak terkata. Semoga Allah permudahkan dan lindungi mangsa-mangsa banjir ini,” tulisnya.

SITI bersama suami dan pasukan redah banjir hulurkan bantuan.

Dalam video berkenaan, kelihatan Siti berada dalam sebuah kenderaan pacuan empat roda sedang mengharungi kawasan yang masih dilanda banjir ketika dalam perjalanan menghantar bantuan di Seksyen 18, Shah Alam.

Menerusi perkongsian di IG Story, kelihatan Siti telah mengagihkan barang bantuan asas di beberapa buah kawasan terjejas.

Siti juga sempat membantu salah seorang kakitangannya yang terkandas sejak Sabtu.

Meninjau ruangan komen, kebanyakan pengikut penyanyi itu memberikan respons positif terhadap tindakan pantas beliau mengelolakan pemberian bantuan. – WILAYAHKU

 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas