PERKHIDMATAN Sistem MySIKAP Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengalami gangguan mengakibatkan semua urus niaga perkhidmatan kaunter JPJ tergendala di seluruh negara hari ini.
Sehubungan itu, Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli berkata semua perkhidmatan kaunter di semua negeri akan dilanjutkan sehingga 7 malam ini.
“Pihak JPJ telah melaksanakan tindakan serta-merta dan penambahbaikan sistem untuk kembali pulih dalam kadar segera.
“JPJ memohon maaf atas gangguan perkhidmatan sistem berkenaan dan segala kesulitan amat dikesali,” katanya dalam satu kenyataan. – WILAYAHKU