Berita

Sertai lawatan berpandu percuma

- Diterbit 8 Mac 2024 9:35 AM MYT

BERITA baik buat penduduk Putrajaya dan sekitarnya apabila pihak Perbadanan Putrajaya (PPj) mengumumkan penyediaan Lawatan Berpandu Jejak Senibina pada Mac 2024.

Menurut PPj, lawatan berpandu itu dilaksanakan bertujuan untuk memberikan pendedahan sejarah mengenai pembangunan dan seni bina di Putrajaya.

Selain itu, PPj memaklumkan pemandu pelancong pihaknya akan membawa Lawatan Berpandu Jejak Senibina pada 2, 3, 9 dan 10 Mac sahaja.

Jika ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai Wilayah Persekutuan Putrajaya, para pengunjung boleh walk in di I-Centre, Dataran Putra.

Sesi lawatan akan bermula pada pukul 9 hingga 10.30 pagi. Untuk tips, sila bawa bekalan air minuman sendiri, memakai losyen pelindung matahari (­sunscreen) selain pakai topi dan cermin mata untuk keselesaan dan keselamatan diri. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas