AJINOMOTO Malaysia Berhad (AMB) mengumumkan dua produk sensasi terbaharu dari Seri-Aji iaitu Nasi Goreng Kari dan Sup Ayam.
AMB dalam satu kenyataan akhbar berkata, Nasi Goreng Kari dan Sup Ayam adalah hasil ciptaan sensasi kulinari yang bakal menambat hati rakyat Malaysia.
“Nasi Goreng Kari akan memberikan kepuasan dengan rasa yang menyelerakan dan seimbang untuk semua manakala Sup Ayam pula dihasilkan untuk memudahkan namun menyelerakan, ia sempurna untuk suri rumah yang sentiasa sibuk dalam menguruskan kerja di rumah.
“Anda kini boleh menikmati masa bersama keluarga yang berkualiti menjadikan hubungan lebih akrab dan membahagiakan. Ini merupakan pengalaman baharu bersama keluarga,” katanya hari ini.
Tambahnya, dengan inovatif tersebut, AMB ingin merevolusikan perjalanan kulinari anda dengan menyediakan produk yang ringkas dan mudah di mana setiap hidangan akan menjadi kenangan abadi bersama keluarga secara tidak langsung membantu anda memahami moto kami iaitu “Eat Well, Live Well”.
“Serbuk perasa Nasi Goreng Kari kami mengandungi bahan-bahan sebenar, termasuk rasa kari yang aromatik dengan kadar kepedasan yang sempurna untuk dinikmati keluarga anda.
“Sup Ayam kami pula menggabungkan rempah ratus berkualiti tinggi yang dipilih dengan teliti bagi memastikan anda dapat menikmati kelazatan dalam setiap hidangan. Tambahan garam juga tidak diperlukan apabila menggunakan produk ini,” ujarnya. – WILAYAHKU.