1. KERAJAAN LANGIT
• Terdapat seorang rakyat Malaysia yang pernah mendakwa dirinya Tuhan kepada segala agama dan boleh menjelma semula sebagai Jesus, Buddha, Shiva dan Nabi Muhammad SAW.
• Ketua ajaran itu, Arifin Mohammed menjadikan teko sebagai simbol ideologi ajarannya ketika pertengahan 1980-an dan dikenali sebagai Ayah Pin dalam kalangan 22,000 pengikutnya, dia memulakan ajaran sesat itu pada tahun 1979 sebagai Kerajaan Langit.
• Sebelum diisytiharkan haram oleh kerajaan pada Ogos 2005, pusat ajaran Kerajaan Langit itu dibakar dan dimusnahkan oleh individu bertopeng pada 18 Julai 2005.
2. TASLIM
• Mengikut sejarah, ajaran Matahari atau Taslim juga terkenal sebagai ajaran sesat paling lama yang wujud sekitar 1870-an dan berpusat di sebuah Kampung Seronok.
• Pada hari ini, suasana di Kampung Seronok, Bayan Lepas, Pulau Pinang kelihatan tenang tetapi Ketika 1940-an hingga 50-an, penduduk aktif melakukan amalan karut diketuai Haji Muhammed Shayfie.
• Bagaimanapun, mungkin ada yang lebih berminat dengan aktiviti yang dilakukan setahun sekali di Kampung Seronok apabila pengikutnya akan
mandi dalam keadaan gelap sebelum melakukan persetubuhan.
3. AL-ARQAM
• Ashaari Mohammad adalah pengasas kepada ajaran sesat mempunyai 37 anak dan mendakwa mendapat kuasa istimewa daripada Allah SWT.
• Ketika gaya hidup barat menjadi pengaruh Utama sekitar tahun 1960-an, Al-Arqam percaya umat Islam terpesong daripada ajaran agama dan satu-satunya cara untuk kembali ialah dengan bertaubat.
• Kerajaan mengharamkan pergerakan ini pada 1994 dan namun sebelum itu ia dianggarkan mempunyai kira-kira 10,000 hingga 12,000 pengikut selain 200,000 simpatisan yang terpengaruh dengan ajaran Al-Arqam.
4. TUHAN HARUN
• Ketua ajaran tersebut, Harun Mat Saat dikesan menyebarkan sistem pengajian itu dikenali sebagai ‘Universiti Universal Overhead God’ kepada lebih 300 pengikutnya.
• Harun juga disyaki menubuhkan beberapa pertubuhan digunakan bertujuan mengutip derma bagi mengumpul dana kewangan masing-masing
berpangkalan di Kluang dan Skudai, Johor.
• Antara ritual mereka setiap hari ialah bermain muzik atau ‘jamming’ lagu berentak rock menjelang azan berkumandang, pengikut ajaran sesat Tuhan Harun itu semakin rancak mengalunkan muzik keras sambal terlompat-lompat menyanyi serta menari.
• November 2013, Harun Mat Saat ditangkap bagi membantu siasatan kes kematian Ketua Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP)‚ Ahmad Raffli
Abd Malik.
5. MILLAH ABRAHAM
• Ajaran Millah Abraham difatwakan haram pada 2019 oleh Jabatan Mufti Negeri Sembilan.
• Antara fahaman salah ajaran ini ialah ahlinya percaya sembelihan dibuat bukan ahli tidak sah, selain mempercayai kewujudan nabi baharu dan ada syahadah berbeza.
• Pada masa sama, mereka juga cuba menggabungkan tiga agama iaitu Yahudi, Nasrani dan Islam, selain menghuraikan ajaran Al-Quran berdasarkan fahaman.