Berita

Semakan tawaran kemasukan MRSM 2025 pada 13 Januari

- Diterbit 9 Januari 2025 9:00 AM MYT

SEMAKAN tawaran kemasukan ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) bagi 2025 akan diumumkan pada Isnin ini.

Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki memaklumkan tawaran kemasukan itu berpandukan Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM) untuk pelajar Tingkatan 1 dan 4.

“Insya-Allah MARA akan berkongsi pautan untuk pelajar-pelajar dan ibu bapa membuat semakan keputusan tawaran.

“Ya saya mendengar dan membaca semua komentar dan maklum balas ibu bapa dan orang ramai berkenaan dengan harapan supaya keputusan UKKM diumumkan lebih awal bagi memudahkan segala perancangan,” katanya dalam satu catatan di Facebook.

Permohonan kemasukan ke MRSM 2025 bagi Tingkatan 1 dan 4 telah dibuka pada 6 Ogos hingga 6 September tahun lepas dan disusuli dengan tarikh semakan panggilan UKKM pada Oktober. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas