Berita

Selepas terima Toyota Vellfire, Zoey Rahman mahu khatam al-Quran

|MAJLIS ulang tahun kelahiran Zoey ini diraikan oleh teman-teman rapat dan kakitangan Mika Series
- Diterbit 5 Januari 2021 12:16 AM MYT

GENAP 3 Januari baru-baru ini, pelakon dan pengacara popular Zoey Rahman menyambut ulang tahun kelahiran ke-36.

Apa yang menarik, Zoey Rahman dihadiahkan kenderaan pelbagai guna jenis Toyota Vellfire yang dianggarkan mencecah RM300,000 oleh syarikatnya, Mika Series.

Selain harta dunia, Zoey juga berazam mahu terus kumpul saham akhirat agar dirinya sentiasa berada dalam rahmat Allah.

“Alhamdulillah… Saya bersyukur masih dipanjangkan umur dan berpeluang untuk terus menjadi yang terbaik sebagai hambaNya serta berbakti kepada keluarga.

“Impian saya sempena umur meningkat dan tahun baharu ini adalah mahu khatam al-Quran. 

“Jika selama ini, saya sibuk dengan kerjaya dan bisnes, saat ini saya mahu lebih dekatkan diri dengan al-Quran. 

“Selain itu, saya juga berharap Mika Series akan terus berkembang dan terus menjadi pikuhan masyarakat,” ujarnya yang menganggap hadiah Toyota Vellfire satu pengjargaan buat dirinya setelah penat bekerja.

MAJLIS ulang tahun kelahiran Zoey ini diraikan oleh teman-teman rapat dan kakitangan Mika Series

Sementara itu, penyanyi terkenal, Ramlah Ram turut menghadiahkan Zoey jam tangan jenama Cerruti

” Sebenarnya, pasal kereta saya tak minat sangat. Saya anggap ini bonus kepada saya dalam dunia perniagaan. Kereta ini besar, senang nak bawa keluarga dan angkut barang,” jelasnya lagi yang belum mempunyai kekasih. Zoey berharap dirinya akan bertemu dengan seseorang yang memahami serta boleh susah senang bersamanya. – WILAYAHKU

 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas