SELEBRITI yang disyaki melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja perempuan, akan didakwa di mahkamah pada Selasa ini.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, selebriti tersebut akan didakwa di Mahkamah Putrajaya.
“Pada 13 Jun (hari ini), arahan tuduh ke atas suspek telah diperoleh daripada Pejabat Pendakwaraya Selangor.
“Suapek akan dituduh di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 kerana melakukan amang seksual fizikal terhadap mangsa,” katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata, pihaknya komited memastikan keadilan ditegakkan dan siasatan dijalankan dengan teliti bagi melindungi hak mangsa serta menjamin ketelusan proses perundangan.
Media sebelum ini melaporkan selebriti terkenal ditahan polis pada 3 Jun lalu berhubung kes amang seksual terhadap remaja perempuan berusia 17 tahun yang juga peminatnya. – WILAYAHKU