Lensa

SELAYANG LAMA atmosfera desa di kuala lumpur

RUMAH milik Ketua Kampung Selayang Lama, Mohamed Sharif Abdul Rahman
- Diterbit 12 Julai 2020 2:00 PM MYT

USAI melakukan tugasan utama di kawasan sekitar Pasar Borong Selayang, penulis dijemput ke Kampung Selayang Lama.

Sebuah kampung yang terletak di dalam Mukim Batu, Kuala Lumpur, di pinggir kesibukan kota yang tidak pernah tidur.

Jangkaan penulis, suasana Kampung Selayang Lama sama seperti keadaan sekelilingnya memandangkan kawasan sekitar dipenuhi urusan perniagaan, kotor dan riuh dengan tawar menawar. Akan tetapi jangkaan penulis meleset sama sekali.

Umpama masuk ke satu dunia lain yang menjentik nostalgia, atmosfera di kampung ini begitu menyentuh hati penulis. “Betul ke aku di Kuala Lumpur ni?” Hati berbisik.

Setiap dari kita bila terdengar, melihat atau menyebut perkataan kampung pasti terbayang sebuah suasana di mana kicauan unggas, udara segar, bersih, bunyian desir angin mencelah pokok yang mendamaikan dan aman sentosa bergabung menjadi resepi bahagia.

Begitulah suasana dirasai oleh penulis di Kampung Selayang Lama yang difahamkan sudah berusia lebih dari 150 tahun. Jika ia tidak diwarisi dan dijaga dengan sempurna, satu lagi
kedamaian kampung pasti akan hilang ditelan pembangunan.

Pucuk pangkalnya, tanah, kampung, adab dan adat adalah untuk diwarisi bukan untuk dijual beli. Ini adalah pendapat peribadi penulis dalam ruangan Lensa kali ini.

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas