Berita

Selangor Havoc Raya Fest 2025: 108 jam tanpa henti

Majlis perasmian Selangor Havoc Raya Fest 2025 disempurnakan Exco Belia, Sukan & Keusahawan Selangor, Najwan Halimi.
- Diterbit 28 Februari 2025 5:10 PM MYT

SELANGOR Havoc Raya Fest 2025 bakal berlangsung selama 108 jam tanpa henti dari 21 hingga 25 Mac 2025 di Setia City Convention Centre (SCCC).

Selain itu sebanyak 180 reruai yang menawarkan pelbagai produk tempatan seperti persiapa raya dan makana boleh didapati pada festival berkenaan.

Sementara itu, seramai 30 artis dan pempengaruh terkenal akan menghiburkan pengunjung dengan persembahan istimewaa.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Havoc Event & Management Sdn Bhd, Datuk Firdaus Nadxaman, festival tahun ini bukan sahaja bertujuan mengangkat industri perniagaan tempatan, malah turut membawa elemen spiritual dan kebersamaan kepada pengunjung.

“Kami berusaha untuk menjadikan Selangor Havoc Raya Fest lebih istimewa. Kali ini, dengan penganjuran selama 108 jam tanpa henti, kami mahu memberikan pengalaman baharu kepada pengunjung dengan menampilkan bukan sahaja sesi hiburan dan jualan raya, tetapi juga nilai tambah dari segi kerohanian.

“Buat pertama kali, kami membawakan program qiamullail sebelum sahur, satu inisiatif yang sangat bermakna bagi kami.

“Kami ingin menjadikan festival ini bukan sekadar tempat membeli-belah dan hiburan, tetapi juga platform yang membolehkan orang ramai menghayati bulan Ramadan dengan lebih mendalam. Ini adalah usaha kami untuk menyatukan elemen duniawi dan ukhrawi dalam satu acara yang komprehensif,” katanya.

Majlis perasmian Selangor Havoc Raya Fest 2025 disempurnakan Exco Belia, Sukan & Keusahawan Selangor, Najwan Halimi.

MAJLIS perasmian Selangor Havoc Raya Fest 2025 disempurnakan Exco Belia, Sukan & Keusahawan Selangor, Najwan HALIMI (tengah). 

Wang tunai sebanyak RM10,000 menanti pengunjung terawal sebagai tanda penghargaan kepada sokongan mereka.

Bukan itu sahaja, pengunjung juga berpeluang menyertai acara cabutan bertuah.

Selangor Havoc Raya Fest 2025 juga mencatat sejarah tersendiri dengan pelancaran muzik video rasmi ‘Havoc Raya’, iaitu lagu raya pertama dalam tempoh enam tahun penganjuran Havoc Festival.

Lagu ini menampilkan Black Hanifah sebagai penyanyi utama, diiringi oleh barisan artis seperti Asfan Shah, Talam, Epol, Shafiq Nizam, Syura Badron, Mira Kuku, Daud Latah, Qistina, Afif Hanif, Shajiry, dan Azza Elite.

Muzik video itu dijangka menjadi salah satu tarikan utama festival dan menambah kemeriahan suasana sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

Penganjuran Selangor Havoc Raya Fest 2025 turut mendapat sokongan pelbagai pihak dan ditaja Perfume Paradise sebagai penaja utama.

Selain itu, Selangor Havoc Raya Fest turut mendapat sokongan padu agensi kerajaan negeri Selangor iaitu dari Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) & Tourism Selangor yang akan membantu mempromosikan pengiklanan secara menyeluruh di negeri Selangor sempena Tahun Melawat Selangor 2025. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas