Berita

Sebuah kediaman di PPR Gombak Setia terbakar

- Diterbit 15 September 2024 8:46 AM MYT

SEBUAH kediaman terlibat dengan kebakaran di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Gombak Setia, Selangor awal pagi tadi.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam kenyataan berkata kejadian dipercayai berlaku pada pukul 6 pagi melibatkan unit bernombor 43-10-15.

“Hasil pemantauan mendapati, kebakaran tersebut telah memusnahkan keseluruhan unit yang didiami oleh seorang wanita bersama tiga orang anaknya.

“Selain itu, turut terjejas bekalan elektrik pada tiga unit lain dan satu unit mengalami kerosakan akibat kejadian itu,” katanya.

Menurut kenyataan itu lagi, insiden tersebut turut mengakibatkan kerosakan pada dinding ruang kaki lima dan siling koridor tingkat 10, namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas