“Saya masih ibu tunggal” – Erra Fazira jawab gosip kahwin menteri

“Saya masih ibu tunggal” – Erra Fazira jawab gosip kahwin menteri

KECOH dalam media sosial apabila penyanyi dan primadona filem Melayu, Erra Fazira dikatakan kononnya sudah berkahwin dengan seorang individu berpangkat menteri.

Tidak mudah melatah, pelakon Cinta Kolesterol yang juga bolos dalam kategori Artis Versatil Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) 34 menegaskan yang dia masih berstatus ibu tunggal.

“Ya, yang pasti saya masih ibu tunggal. Kalau tak faham juga, tak tahu nak cakap apa.

“Sudah sudahlah mainkan cerita fasal status saya. Saya bukan muda lagi nak dibentangkan kisah kahwin dan cinta tak kesampaian. Apa kata berikan perhatian kisah sebegitu dekat artis berpangkat adik lain.

“Lebih manis dan orang tak jelak. Untuk saya andai ada jodoh di hari muka, tolong doakan yang terbaik dan moga berkekalan hingga ke jannah,” ujarnya yang sentiasa tenang apabila berhadapan dengan kontroversi cinta.

Terdahulu Erra pernah mendirikan rumah tangga dengan komposer dan anggota kumpulan KRU, Yusry Abdul Halim pada 2003, namun bercerai pada 2006.

Setahun kemudian, Erra berkahwin dengan Engku Emran Engku Zainal Abidin dan dikurniakan cahaya mata perempuan, Engku Aleesya. Namun jodoh mereka tidak panjang apabila berpisah selepas tujuh tahun tahun mendirikan rumah tangga.

Seterusnya, Erra juga pernah mempunyai hubungan istimewa dengan penyanyi kacak Shahir Zawawi,32.

Wilayahku doakan agar Erra Fazira dipermudahkan dalam segala urusan termasuk soal jodoh. – WILAYAHKU

 

CATEGORIES