Berita

“Saya Bangga Promosi Barangan Malaysia” – AMEERUL ASYRAF

|AMEERUL ASYRAF antara artis yang menyokong kempen beli barangan buatan Malaysia.
- Diterbit 25 September 2020 10:00 PM MYT

BAGI menggerakkan ekonomi negara, rakyat Malaysia perlu melakukan perbelanjaan dengan mengutamakan produk Malaysia.

Pelakon drama Leftenan Zana Ameerul Asyraf Mohammad,28,  tanggungjawab sebagai selebriti sangat penting dalam menyokong kempen beli barangan buatan Malaysia.

“Sebagai public figure, saya memang beli pakaian buatan Malaysia untuk dipakai ketika penggambaran atau apa sahaja acara.

“Kalau ade yang menaja pun,  saya pastikan penajanya dari jenama tempatan kerana saya bangga mempromosi barangan Malaysia. 

“Apabila pakaian yang dipakai keluar televisyen, ramai yang puji dengan rekaan yang saya bawa. Ada sesetengah mereka menyangka baju itu berjenama antarabangsa, padahal mereka silap.

“Ini kerana, sudah banyak  butik di Malaysia mempunyai  pakaian yang bekualiti dengan rekaan mengikut trend serta setaraf jenama antarabangsa. 

AMEERUL ASYRAF antara artis yang menyokong kempen beli barangan buatan Malaysia.

“Apabila artis pakai, masyarakat lebih yakin untuk menggayakan rekaan tempatan. Iyalah… produk keluaran Malaysia semua cantik dan memenuhi cita rasa ramai,” katanya kepada Wilayahku.

Pasal kerjaya,  antara lain drama lakonan Ameerul Asyraf adalah Dendam Aurora, Syurga Untukmu, Pelangi Cinta, Cerita Dalam Kain dan banyak lagi.

Terdahulu, bakat Ameerul dicungkil apabila menjadi juara pertandingan Mr. Planet 2017. – WILAYAHKU

 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas