Berita

Sambutan Hari Malaysia di Taman Pelangi Semenyih 2 kukuh silaturahim

- Diterbit 22 September 2024 11:57 AM MYT

SAMBUTAN Hari Malaysia di Taman Pelangi Semenyih 2 meriah dengan pelbagai aktiviti dan memperkukuhkan silaturahim sesama komuniti.

Antara aktiviti yang dianjurkan seperti pertandingan pancaragam dan sukaneka.

Program itu merupakan satu usaha murni oleh Persatuan Penduduk Taman Pelangi Semenyih 2 untuk memperingati Hari Penubuhan Malaysia pada 16 September 1963.

Tujuan utama program tersebut adalah untuk mengeratkan silaturahim sesama penduduk setempat dari pelbagai kaum.

Kesemua aktiviti mendapat penyertaan sepenuhnya oleh para penduduk.

Acara yang dianjurkan bersempena Hari Malaysia itu juga bertujuan mengeratkan hubungan silaturahim antara penduduk di kawasan Rafflesia S1 dan Taman Pelangi Semenyih 2, Semenyih, Selangor.

Menurut Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Pelangi Semenyih 2, Mohd Tarmizi Lumri sambutan yang dianjurkan itu telah mendapat sambutan yang luar biasa.

“Terima kasih kepada semua pihak terlibat dalam menjayakan program tersebut.

“Diharapkan program seperti itu dapat diteruskan pada masa akan datang bagi mengeratkan hubungan dengan penduduk,” ujar beliau.

Dalam pada itu, Pengerusi Penduduk Rafflesia S1 Taman Pelangi Semenyih 2, Mohd Faizazli Mohd Anuar berkata program itu merupakan inisiatif yang penting bagi memupuk semangat perpaduan dalam kalangan komuniti.

Pihak penganjur FX Francis Business Group diwakili oleh Tuan Francis.

“FX Francis Group Business dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM), anggota Bomba turut mengucapkan terima kasih kepada kepada semua pihak yang memberikan sokongan terhadap program ini.

“Program Hari Malaysia di Taman Pelangi Semenyih 2 bukan sahaja memperkukuhkan hubungan kejiranan, tetapi juga menjadi lambang kepada perpaduan yang terus mekar dalam komuniti yang berbilang kaum dan budaya,” ujar beliau.

Hadiah-hadiah yang menarik turut disediakan kepada semua penduduk yang mengambil bahagian. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas