Berita

Saifuddin serah sumbangan kurma

PUTRAJAYA, 23 April -- Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah berharap rakyat Malaysia meningkatkan minat membaca bagi menggalakan perkembangan ilmu dalam masyarakat.
- Diterbit 6 April 2021 5:54 AM MYT

MENTERI Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah hari ini menyerahkan sumbangan kurma sempena Ramadan kepada kakitangan Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) termasuk golongan Orang Kurang Upaya (OKU), di pejabatnya di sini.

Sumbangan menerusi program Rizq al-Mubarak berkonsepkan kongsi rezeki dilaksanakan dengan kerjasama Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) dan Persatuan OKU Putrajaya.

Pembantu Tadbir Unit Audit Dalam KKMM Mohd Zailani Muhamad, 33, berkata beliau amat berpuas hati dengan usaha memartabatkan golongan OKU yang dijalankan Saifuddin sejak menerajui KKMM.

Beliau yang mengalami kecacatan kekal selepas pergelangan tangan kanan terpaksa dipotong, berkata penubuhan Unit Komunikasi OKU yang akan diketuai oleh warga komuniti tersebut, akan memudahkan suara golongan itu didengari.

Pembantu Tadbir Unit Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara, Mohammad Farith Ibrahim, 31, berkata walaupun lumpuh kedua-dua belah kaki selepas kemalangan, beliau menganggap kerjaya sebagai amanah dan peluang untuk lebih berdikari. – BERNAMA

 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas