PASANGAN pelakon Syafiq Kyle dan Mimi Lana sah bergelar suami isteri pada petang Jumaat, hari ini.
Menerusi Instagram, Syafiq dan Mimi berkongsi hari bahagia mereka.
Di ruangan kapsyen, Syafiq menzahirkan ucapan syukur selepas majlis pernikahannya berjalan dengan lancar.
Dalam hantaran tersebut disertakan foto kedua pasangan sesudah majlis akad nikah.
“Alhamdulillah, ‘got married on a blessed Friday.’ (Alhamdulillah, bernikah pada hari Jumaat yang berkat),” tulisnya.
Hantaran tersebut sekaligus mengesahkan pernikahan Syafiq dengan Mimi Lana, hari ini.
Terdahulu, Harian Metro menerusi sumber melaporkan pasangan itu melangsungkan pernikahan di kampung halaman Mimi di Taiping, Perak.
Sebelum itu, Mimi juga memuat naik foto di IG memaparkan tangannya yang sudah disarung cincin bersama tangan Syafiq.
Selain disertakan dengan emoji hati dan cincin, Syafiq turut memuat naik gambar dia berpelukan bersama Syafiq.
Sebelum ini, Syafiq dan Mimi sepatutnya melangsungkan pernikahan pada 18 Ogos 2023, namun majlis itu dibatalkan. – WILAYAHKU