Berita

Rohani kembali galas tugas Pengerusi LPPKN

- Diterbit 18 April 2025 4:00 PM MYT

KEMENTERIAN Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melalui Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) mengumumkan pelantikan semula Datuk Seri Rohani Abdul Karim sebagai Pengerusi LPPKN berkuat kuasa 18 April 2025 sehingga 17 April 2027.

Sebelum ini, beliau telah menggalas tanggungjawab sebagai Pengerusi LPPKN selama dua tahun bermula 25 Mei 2023.

Sepanjang memegang jawatan sebagai Pengerusi LPPKN, beliau telah menerajui LPPKN mencapai kejayaan besar di peringkat nasional mahupun antarabangsa.

“KPWKM mengucapkan tahniah dan semoga dengan pelantikan semula ini, beliau dapat meneruskan kecemerlangan kepimpinannya dalam menerajui dan memperkukuh lagi operasi dan perkhidmatan LPPKN sebagai Peneraju Kesejahteraan Keluarga Negara,” katanya dalam kenyataan hari ini. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas