Berita

RM42 juta setahun kos selenggara landskap Putrajaya

TAMAN Wetland Putrajaya
- Diterbit 25 Februari 2025 10:00 AM MYT

KOS menyelenggara landskap di Wilayah Persekutuan Putrajaya adalah RM42 juta setahun melibatkan kawasan seluas 1,873 hektar.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa berkata ia melibatkan kesemua taman-taman awam metropolitan di Putrajaya iaitu Taman Saujana Hijau, Taman Rimba Desa, Taman Rimba Alam, Taman Pancarona, Taman Wetland, Taman Botani, Taman Putra Perdana, Taman Warisan Pertanian, Taman Wawasan, Taman Selatan.

“Selain itu, kos tersebut turut merangkumi Jalan-jalan Protokol, Kawasan Zon Penampan dan Presint Kejiranan termasuklah tepian tasik yang meliputi 38 peratus daripada kawasan Putrajaya,” katanya menerusi jawapan lisan pada Isnin.

Tambah Zaliha, sejumlah RM2.6 juta telah dibelanjakan bagi kerja-kerja menaiktaraf dan pengindahan landskap khasnya sebagai persediaan untuk Kepengerusian Asean 2025. -WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas