RM 500,000 sempena kempen Pelaris Challenge… Amaris terus bantu masyarakat

RM 500,000 sempena kempen Pelaris Challenge… Amaris terus bantu masyarakat

PELAKON popular Putra Amaris,37, yang terkenal dengan kerja-kerja amalnya, kini meneruskan usaha tersebut setelah dilantik sebagai ikon kempen Pelaris Challenge

Pelaris Challenge merupakan usaha sama antara Amaris dengan Soleque Cosmetics Malaysia dan Persatuan Aspirasi Primadona Putrajaya.

Ia digerakkan selama sebulan bermula 3 Julai baru-baru ini dan akan berakhir pada 3 Ogos depan.

Menurut Amaris, program ini merupakan cetusan idea daripada Soleque Cosmetics untuk membantu dan memberi peluang kepada rakyat Malaysia terutama golongan wanita muda dalam menambahkan pendapatan dan kewangan.

AMARIS bekerjasama denganSoleque Cosmetics Malaysia dan Persatuan Aspirasi Primadona Putrajaya menganjurkan kempen Pelaris Challenge yang menawarkan hadiah bernilai RM 500,000.

Program ini menawarkan hadiah keseluruhan sebanyak RM500,000.

“Walaupun tanggungjawab kini bertambah menerusi kempen Pelaris Challenge ini, ia tak membuatkan saya rasa penat atau terbeban pun.

“Malah, rasa seronok dan teruja sebab ia juga berkaitan dengan program infaq dan amal khususnya golongan bumiputera.

“Saya tak cukup rehat atau tak cukup tidur pun tetap saya nak buat. Mudah-mudahan Allah panjangkan umur untuk saya teruskan kerja-kerja amal ini dan harap Dia juga izikankan yang terbaik untuk usaha-usaha yang dijalankan.

“Mengenai Pelaris Challenge, ia adalah usaha sama antara saya dengan Soleque Cosmetics Malaysia dan Persatuan Aspirasi Primadona Putrajaya. Ia digerakkan selama sebulan dan akan berakhir pada 3 Ogos depan.

“Ia adalah cetusan idea daripada Soleque Cosmetics untuk membantu dan memberi peluang kepada rakyat Malaysia terutama golongan wanita muda dalam menambahkan pendapatan dan kewangan.

“Program ini menawarkan hadiah keseluruhan sebanyak RM500,000,” jelasnya.

TIDAK pernah jemu melakukan kerja amal, Amaris kini bantu masyarakat menerusi Pelaris Challenge.

Pemenang akan diumumkan selepas tamat program. Pendaftaran boleh di buat di  http://www.pelaris-challenge.com

,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran kempen Pelaris Challenge by Soleque Cosmetics di Menara Shaftbury, Putrajaya, baru-baru ini.

Seiring dengan penganjuran itu, turut digerakkan ialah Program Infaq Wanita Muda Soleque x Putra Amaris dalam usaha membantu wanita muda, ibu tunggal dan golongan B40 yang memerlukan dengan meliputi kawasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Tidak berhenti berdoa

Bukan itu sahaja, Amaris juga akui dia perlu meneruskan usaha untuk bergelar ‘orang kaya’ demi menyalurkan bantuan terhadap lebih banyak golongan memerlukan.

“Saya tidak pernah berhenti berdoa agar Allah SWT mengurniakan rezeki yang melimpah ruah supaya sasaran untuk membantu mereka yang memerlukan dapat dicapai.

“Saya buat kerja amal atau infaq ini, semuanya kerana Allah SWT dan demi nak membantu orang susah. Untuk itu, saya memang tetapkan dalam diri dan kepala ‘aku kena kaya’ supaya boleh membantu lebih ramai orang yang memerlukan.

“Dalam masa sama, saya bertuah kerana isteri juga adalah tulang belakang dan pemberi semangat kepada saya dalam menggerakkan program infaq, bersama-sama dengan pasukan sendiri.

“Saya pun belum lagi bergelar jutawan. Tetapi saya berdoa dan mengharapkan doa semua orang agar saya dikurniakan rezeki lebih untuk sama-sama saya kongsikan dengan orang yang susah,” ujarnya yang akan muncul dalam drama berjudul Tunjang tidak lama lagi. – WILAYAHKU

Share This