Berita

Ribut petir, hujan lebat landa 6 negeri malam ini

- Diterbit 3 November 2023 11:46 AM MYT

JABATAN Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat dijangka melanda beberapa kawasan di enam negeri sehingga pukul 9 malam ini.

MetMalaysia dalam satu kenyataan di Facebook berkata cuaca tidak menentu itu melibatkan seluruh negeri Perlis dan Melaka manakala beberapa tempat di Kedah, Perak, Negeri Sembilan serta Johor.

“Di Kedah melibatkan kawasan Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang, Kuala Muda dan Sik.

“Bagi negeri Perak pula di Larut, Matan dan Selama, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah serta Kampar,” katanya sebentar tadi.

Tambahnya, keadaan sama dijangka berlaku di Negeri Sembilan di kawasan Kuala Pilah, Rembau dan Tampin.

“Amaran sama turut dikeluarkan di negeri Johor di Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang, Kulai dan Kota Tinggi,” ujarnya.

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” jelasnya. – WILAYAHKU.

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas