Berita

Resolusi UNGA: Malaysia, Palestin kukuh kerjasama dua hala

MOHAMAD Hasan bersalaman dengan Mohammad Mustafa membincangkan mengenai kerjasama dua hala Malaysia dan Palestin di New York, Amerika Syarikat.
- Diterbit 23 September 2024 2:12 PM MYT

MALAYSIA mengukuhkan sokongan terhadap perjuangan Palestin khususnya dalam menggerakkan usaha melaksanakan resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk menamatkan pendudukan haram Israel.

Perkara itu antara yang dibincangkan dalam pertemuan antara Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Perdana Menteri Palestin, Mohammad Mustafa di luar Perhimpunan Agung PBB (UNGA) ke-79 di New York, Amerika Syarikat.

Menurut Wisma Putra, Malaysia dan Palestin bersetuju mengukuhkan kerjasama dua hala terhadap resolusi yang diterima pakai di sesi tergempar khas UNGA bagi melaksanakan keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) bertarikh 19 Julai lalu.

Resolusi berkenaan bertujuan mendapatkan kejelasan undang-undang mengenai situasi di wilayah Palestin yang diduduki.

Terdahulu Mohamad mewakili Malaysia di Sidang Kemuncak Masa depan (SOTF) yang diadakan sempena UNGA.

Sidang kemuncak itu bertujuan membina konsensus baharu mengenai memenuhi keperluan generasi akan datang dengan lain baik. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas