Biz

REAKSI penerima MYFood@Wilayah

Ummi Noor Syahida Abdullah, 46, Suri rumah
- Diterbit 10 September 2021 4:43 AM MYT
Ummi Noor Syahida Abdullah, 46, Suri rumah

Alhamdulillah, saya sangat berterima kasih kerana telah membantu kami sekeluarga ketika pandemik ini dengan memberi bantuan barang makan secukupnya dan diharapkan Menteri Wilayah Persekutuan dapat membantu lebih ramai penduduk di sini.”

 

 

Neoh Kim Heng, 71, Tidak bekerja, warga emas

“Saya sangat gembira dengan bantuan yang diberikan memandangkan saya sendiri sudah tidak bekerja dan masih bujang jadi bahan kering yang disumbangkan itu sangat memadai kerana selagi ada yang sudi memberi sumbangan itu sudah cukup gembira buat saya.”

 

 

 

 

 

Ahmad Nazmi Md Nizam, 22 , Berkerja dengan persatuan oku NGO bidang IT

“INI adalah kali pertama saya menerima bantuan dan sangat bersyukur kerana ia serba sedikit dapat meringankan beban keluarga serta dengan makanan kering yang diberikan ia sudah memadai dan cukup buat kami sekeluarga.” -WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas