Berita

REAKSI orang awam berkenaan trafik Kuala Lumpur

24
- Diterbit 28 Mei 2022 12:15 AM MYT
Nur Ain Hazirah Zamli, 24, Pengurus Jualan

SAYA bekerja di Ampang dan tidak dinafikan trafik semakin ‘menggila’ selepas raya meskipun terdapat kewujudan polis trafik namun ia tidak membantu mengurangkan kesesakan. Selain itu, Malaysia perlu memperkasakan penggunaan pengangkutan awam dengan sentiasa menyelenggara kemudahan tersebut sebagai contoh kesan kebakaran di LRT Ampang masih belum dibaiki dan kebanyakan stesen MRT adalah di pusat membeli-belah bukan di kawasan perumahan penduduk.”

 

 

Muhammad Shahjihan Muhammad Shahnon, 24, Editor Astro Arena

SELAIN pembinaan yang tidak berkesudahan, sikap pemandu yang mementingkan diri antara faktor menyumbang kepada kesesakan sebagai contoh terdapat segelintir pemandu yang memotong barisan secara tiba-tiba di mana perkara tersebut mengundang risiko kemalangan seterusnya menyebabkan masalah kesesakan bertambah.”

 

 

Muhammad Isa Ahmad Munir, 23, Pekerja swasta

BERIKUTAN trafik yang semakin sesak di Kuala Lumpur, saya memilih motosikal untuk berulang-alik ke tempat kerja kerana sekurang-kurangnya tidak perlu membuang masa terperangkap dalam jem dan sebagai pengguna motosikal meskipun tidak terlibat dengan kesesakan namun saya pernah beberapa kali hampir mengalami kemalangan berikutan sikap pemandu yang suka menukar lorong tanpa memberi isyarat terlebih dahulu.”

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas