Berita

Raja Permaisuri Agong terima menghadap Dr Wan Azizah di Istana Negara

KREDIT foto: Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.
- Diterbit 23 Februari 2024 8:45 PM MYT

RAJA Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah hari ini berkenan menerima menghadap isteri Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di Istana Negara, di sini.

Dalam catatan di Facebook rasmi Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, sesi menghadap  itu adalah bagi membincangkan beberapa perkara mengenai Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM) dengan Seri Paduka Baginda yang juga berperanan selaku Penaung Diraja persatuan itu.

Dr Wan Azizah yang merupakan  Yang Dipertua PPPM turut diiringi  Timbalan Yang Dipertua PPPM Tengku Datuk Shireen Tengku Suleiman dan Ketua Pesuruhjaya PPPM Datuk Yeoh Soo Keng dalam sesi menghadap itu. – BERNAMA

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas