Berita

Radin, Nabil, Azad kembali ke udara di konti Era

- Diterbit 7 April 2025 10:47 AM MYT

SELEPAS kira-kira sebulan direhatkan, tiga penyampai radio 3 Pagi Era iaitu Nabil Ahmad, Azad Jasmin dan Radin kembali ke udara pagi tadi.

Pengurus Jenama Era, Azah Sahrin berkata Nabil, Azad dan Radin akui turut teruja untuk kembali bersiaran di studio selepas direhatkan.

“Ini adalah peluang terbaik buat mereka untuk merapatkan semula hubungan dengan pendengar yang tidak henti-henti menyokong kerjaya mereka.

“Kami akan teruskan dengan pelbagai aktiviti dan program yang memberi impak positif kepada semua pihak,” katanya.

Sepanjang direhatkan, Sharifah Shahira (Kak Rare), Haziq dan Namie menggantikan tempat mereka.

Gandingan trio berkenaan banyak membantu untuk terus menghangatkan lagi segmen 3Pagi Era.

“⁠Kami akui mendapat pelbagai maklum balas daripada pendengar ERA yang terlalu merindui telatah dan coletah Nabil, Pak Azad dan Radin.

“Selepas kami mengumumkan mereka kembali bersiaran seperti biasa, rata-rata pendengar teruja dan tidak sabar untuk mendengar kembali gandingan mereka.

“Sepanjang mereka direhatkan, Era kekal fokus untuk memberikan kandungan dan pengisian terbaik sepanjang bulan Ramadan lalu,” katanya.

Tiga penyampai radio itu kembali bertugas selepas digantung hampir sebulan lalu berhubung satu kontroversi .-WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas