QATAR mengutuk keras serangan dengan pisau dan parang yang mensasarkan kampung-kampung di timur Republik Demokratik Congo, sehingga mengakibatkan kematian orang awam.
Kementerian Luar mengulangi pendirian tegas Qatar dalam satu kenyataan yang menolak kekerasan dan keganasan, tanpa mengira motif dan alasannya, lapor Agensi Berita Qatar (QNA).
Kementerian menzahirkan ucapan takziah Qatar kepada keluarga mangsa, kerajaan dan rakyat Republik Demokratik Congo. – BERNAMA