Berita

Qatar kecam serangan di Nice, Perancis

- Diterbit 30 Oktober 2020 3:07 AM MYT

QATAR pada Khamis mengecam sekeras-kerasnya serangan di sebuah gereja di bandar raya Nice, Perancis yang menyebabkan kematian serta kecederaan, lapor agensi berita Qatar (QNA) .

Kementerian Luar dalam satu kenyataan menyatakan Qatar berpendirian teguh menolak sebarang keganasan meski apa jua motif atau alasannya.

Qatar turut menolak perbuatan menyasarkan tempat ibadat dan keganasan yang menggugat ketenteraman awam.

Negara itu turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa, kerajaan dan rakyat Perancis, semoga mangsa yang cedera cepat pulih. – BERNAMA

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas