Selebriti

PU Riz, McDonald’s Malaysia belanja hampir 400 sarapan pagi kepada Pelajar Sekolah

|PU Riz menceriakan hari pelajar sekolah dengan memberikan 350 pek sarapan yang turut ditaja McDonald.||SEBANYAK 300 pek sarapan diberikan pada pelajar sekolah dan 50 lagi kepada komuniti sekitar Sri Petaling|
- Diterbit 26 November 2021 11:20 AM MYT

PENDAKWAH bebas dan selebriti, Ustaz Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz menceriakan hari pelajar sekolah dengan memberikan 350 pek sarapan.

PU Riz, 26, berkata dia bersyukur apabila hajatnya itu turut mendapat tajaan daripada McDonald’s Malaysia menerusi program komuniti anjuran mereka.

“Program ini sekadar untuk menceriakan hari anak-anak murid di SMK Bandar Baru Sri Petaling dan Tabika Kemas Kg Melayu Tambahan. Alhamdulillah, pihak McDonald’s Malaysia juga tutut sama memberi tajaan dan sumbangan berupa sarapan.

“Sebanyak 300 pek sarapan diberikan pada pelajar sekolah dan 50 lagi kepada komuniti sekitar Sri Petaling. Sesekali bantu orang tak salah. Malah, saya percaya itu adalah rezeki buat mereka. Jadi, apa yang saya ada ini, tidak salah untuk dikongsi bersama,” katanya.

PU Riz menceriakan hari pelajar sekolah dengan memberikan 350 pek sarapan yang turut ditaja McDonald.

Dalam masa sama, Riz kini bertugas sebagai guru sementara di SMK Bandar Baru Sri Petaling mendoakan semoga pelajar tingkatan lima yang sudah kembali ke sekolah lulus cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) nanti.

“Kalau sebelum ini mereka ke sekolah ikut kumpulan. Tapi, bermula minggu ini mereka sudah masuk semua. Semoga yang bakal menduduki SPM akan memperoleh kecemerlangan. Walaupun tidak banyak masa bersama mereka, tapi ia satu pengalaman berharga buat saya.

“Terima kasih pada pihak sekolah yang memberi peluang kepada saya untuk menjadi guru sementara. Terima kasih juga pada semua guru dan anak murid saya. Seronok sebenarnya menjadi cikgu,” katanya. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas