Berita

Program Teh Hijau bakal meriahkan perkarangan Stadium Bola Sepak KL

- Diterbit 13 Februari 2024 2:09 PM MYT

PROGRAM yang merekodkan kehadiran lebih 3,000 warga kota sebelum ini akan kembali memeriahkan perkarangan Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur pada 17 Februari ini.

Menurut Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), program tersebut adalah lanjutan daripada edisi pertama yang berlangsung semasa Majlis Pelancaran Program Temu DBKL dan Program Teh Hijau Kuala Lumpur pada 29 Januari lepas.

Katanya, pelbagai aktiviti menarik akan diadakan sepanjang program berlangsung antaranya cabutan bertuah,klinik bola, pemeriksaan kesihatan, Kaunter Pendaftaran PADU, Jualan Rahmah Rahmah, Jualan AgroMADANI dan pelbagai lagi.

Justeru itu, orang ramai khususnya warga Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur digalakkan untuk hadir ke program berkenaan yang akan bermula seawal pukul 9 pagi hingga enam petang.

Program Teh Hijau Kuala Lumpur yang berkonsepkan hijau rendah karbon ini akan diadakan pada hari Sabtu setiap bulan mengikut tarikh-tarikh yang akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Bertemakan Dari DBKL untuk komuniti, acara ini merupakan program touch point bersama komuniti yang juga merupakan program khas DBKL sepanjang tahun 2024 dalam usaha menjenamakan semula program berasaskan komuniti serta meningkatkan penyampaian perkhidmatan kepada warga kota. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas