Berita

Program ‘Back To School’ bantu pelajar SK Bandar Tun Razak

- Diterbit 15 Ogos 2024 10:14 AM MYT

PROGRAM sumbangan ‘Back To School’ kepada Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Tun Razak diteruskan semalam bagi membantu pembelajaran harian pelajar.

Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Azman Abidin telah menyampaikan sumbangan itu kepada para pelajar yang memerlukan di Dewan Bestari Sekolah Kebangsaan Bandar Tun Razak.

Menurutnya, bantuan diberikan seperti beg sekolah, alat tulis dan baucar.

“Ini membantu anak-anak pelajar sekalian untuk membantu pembelajaran harian mereka.

“Saya ucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yayasan Sime Darby atas sumbangan yang ditaja untuk program hari ini dengan kerjasama Yayasan Gerbang Bandar Tun Razak.

“Semoga program ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang,” katanya di Facebooknya.

Sementara itu, Azman semalam turut meneruskan program Kembali ke SK Bandar Tun Razak 2 di Dewan Sri Nilam untuk bertemu anak-anak pelajar sekolah tersebut.

Beliau berkata pendidikan merupakan pelaburan yang amat penting bagi membentuk generasi yang berilmu pada masa hadapan.

“Ini bagi kita membina negara Malaysia yang lebih baik untuk semua.

“Didoakan anak-anak sekalian rajin belajar di sekolah dan menjadi insan yang berguna kepada keluarga dan masyarakat,” katanya. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas