Berita

Prestasi cemerlang Saif tarik minat anak muda sertai sukan lawan pedang

SAIF Nordin (kanan).
- Diterbit 11 Oktober 2024 3:38 PM MYT

SUKAN lawan pedang bukanlah sukan yang popular di Malaysia namun prestasi cemerlang rantau ini pada Sukan Olimpik baru-baru ini mencetuskan minat yang semakin meningkat dalam kalangan atlet muda.

Kini sukan yang dikuasai oleh atlet Eropah dan Amerika dilihat semakin popular di Asia malah atlet muda, Saif Nordin, 14, dilihat semakin cemerlang apabila berjaya mencipta nama dengan memenangi pertandingan yang disertai di Australia, Taiwan, Singapura dan sebagainya.

Bakat luar biasa yang dipamerkan atlet yang mewakili pasukan lawan pedang Selangor semasa Sukan Malaysia (SUKMA) pada Ogos lalu berjaya menarik perhatian banyak pihak yang melihatnya sebagai seorang bintang yang sedang meningkat naik.

Bersempena Hari Sukan Negara, portal News Hub Asia (NHA) secara rasmi mengumumkan kerjasamanya dengan Saif dalam usaha menyokong perjalanan beliau yang sering mewakili Malaysia di pentas antarabangsa.

“Dengan menyediakan pendedahan media kepada bakat-bakat muda seperti Saif, platform ini membantu merapatkan jurang antara atlet dan rakan korporat yang ingin menyumbang kepada pembangunan sukan di rantau ini.

“Selain kerjasama dengan Saif, kami komited untuk memperluaskan sokongan kepada atlet-atlet muda yang sedang meningkat naik di seluruh Asia.

“Matlamat kami adalah untuk menyerlahkan kisah-kisah atlet muda yang bekerja keras untuk mencapai kecemerlangan dalam bidang masing-masing.

“Kami percaya bahawa dengan mempamerkan kejayaan mereka, ia boleh memberi inspirasi kepada lebih ramai anak muda untuk mengejar impian mereka sambil menyediakan platform yang bernilai kepada rakan korporat untuk berinteraksi dengan komuniti belia melalui sukan,” ujarnya.

Sementara itu, Pengulas Sukan Australia, Rhys Ryan turut menekankan kepentingan menjadi penghubung atet dengan peminat mereka.

“Dalam dunia hari ini, untuk atlet benar-benar berjaya, mereka memerlukan platform yang memastikan peminat mereka sentiasa terlibat dan dimaklumkan. Peminat mahu mengikuti perjalanan atlet dan mendapat berita terkini yang tepat daripada sumber yang boleh dipercayai.

“Itulah di mana NHA berperanan menyediakan platform yang mengangkat suara atlet berbakat seperti Saif, membantu mereka membina pangkalan peminat yang setia dan menarik penaja. Kerjasama ini bukan sahaja merupakan kemenangan bagi Saif tetapi juga untuk masa depan sukan Malaysia dan Asia,” ujarnya. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas