PUSAT Pungutan Zakat – Majlis Agama lslam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) mencatatkan kutipan keseluruhan zakat harta dan fitrah di Wilayah Persekutuan bagi tahun 2024 adalah sebanyak RM1,133,641,480.51.
Menteri di Jabatan Pendant Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata jumlah kutipan itu meningkat sebanyak 10 peratus berbanding 2023 adalah sebanyak RM1,031,301,080.55.
“Keseluruhan pembayar zakat turut meningkat sebanyak dua peratus iaitu daripada 1,864,703 orang pada tahun 2023 kepada seramai 1,835,902 orang berbanding tahun 2024.
“Daripada keseluruhan kutipan, Zakat Pendapatan telah menyumbang kutipan tertinggi sebanyak RM772 juta bersamaan dengan 68 peratus daripada kutipan keseluruhan.
“Manakala kutipan kedua tertinggi adalah Zakat Perniagaan dengan kutipan sebanyak RM183 juta bersamaan 16 peratus daripada kutipan keseluruhan. Baki 16 peratus terdiri daripada Zakat Wang Simpanan, Zakat Harta, Zakat Fitrah, Qadha dan lain-lain, ” katanya dalam Sidang Media Prestasi Kutipan Dan Agihan Zakat Wilayah Persekutuan Tahun 2024 di Putrajaya pada Rabu.
Hadir sama, Pengerusi MAIWP, Syed Kamarulzaman Syed Kabeer; Pengerusi PPZ-MAIWP, Datuk Seri Amrib Awaluddin, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, Datuk Mohd Nizam Yahya, Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Datuk Abdul Hakim Amir Osman.
Turut hadir, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee dan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Prof Madya Dr Luqman Abdullah.
Mohd Na’im berkata pihak MAIWP telah mengagihkan sebanyak RM1,156,371,169 dana zakat kepada lapan golongan asnaf melalui pelbagai program dan inisiatif yang dlaksanakan.
“Agihan itu di dalam bentuk Skim-skim Bantuan Zakat, Al-Wakalah, Institusi Pendidikan dan Kebajikan, Prasarana Umat Islam, Perbelanjaan Penyelenggaraan Prasarana dan amil di Wiayah-wilayah Persekutuan.
“Dalam masa yang sama jumlah pernerima juga meningkat 445 peratus pada tahun 2024 dergan peningkatan seramai 11,551 junlah penerima berbanding tahun 2023,” katanya.
Tambahnya, PPZ-MAIWP menyasarkan kutipan zakat pada tahun 2025 sebanyak RM1.2 billion. – WILAYAHKU