Berita

Port kaki pancing

PENGUNJUNG meluangkan masa memancing.
- Diterbit 19 Februari 2024 4:42 PM MYT

PASTI ramai yang teruja apabila pihak Perbadanan Putrajaya (PPj) mengumumkan pembukaan Kolam Ikan Taman Warisan Pertanian di Presint 16 pada setiap hari Sabtu dan Ahad.

Dalam masa sama, lokasi port kaki pancing tersebut dijangka mendapat sambutan menggalakkan sekali gus membantu menjana ekonomi Putrajaya.

Bayaran untuk harga tiket pula adalah RM10 sejam. Tangkapan boleh dibawa pulang terhad kepada lima ekor ikan sahaja.

Menariknya, pengunjung tidak perlu membawa joran dan umpan kerana telah disediakan oleh pihak PPj. Pengunjung turut dinasihatkan untuk menggunakan jalan masuk ke Kolam Taman Warisan Pertanian menggunakan pintu belakang taman iaitu berhadapan Stesen Minyak Shell, Presint 16.

Selain itu, waktu operasi kolam pula dibahagikan kepada dua sesi iaitu sesi 1: 9 hingga 12 tengah hari dan sesi 2: 3 hingga 6 petang pada setiap hari Sabtu dan Ahad.

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut boleh hubungi talian 014-825 5772 atau layari laman Facebook @PutrakopKoperasiPPJ dan Instagram @Putrakopofficial. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas