TRENDING
Anwar doakan kesihatan berterusan buat Abdul Hadi
Bekas Presiden MIC, G Palanivel meninggal dunia
Malaysia naik 11 anak tangga dalam Ranking Daya Saing Dunia
Lonjak 11 anak tangga WCR: Bukti Reformasi MADANI membuahkan hasil- PM Anwar
Facebook Instagram Youtube Twitter Tiktok Telegram Threads
  • Rabu, 18 Jun 2025
  • Berita

    Nasional
    Global
    Wawancara
    Cakna
    Fitnah vs Fakta

    Sukan

    Atlet Wilayah

    WK2

    Fokus
    Biz
    Selebriti
    Singgah
    Selera
    Sketsa Semasa
    Personaliti

    Artikel

    Pojok
    Cerita Kedai Kopi
    Catatan Kota Batu
    Minda
    Rencana
    Agama
    Advertorial
    Menarik di WP

    Lain-Lain

    WK TV
    e-Paper Wilayahku
    Lensa
    WK Shop
    Santai
    Tentang Kami
    Hubungi Kami
    E-Aduan

    PAUTAN

    Kuala Lumpur
    Putrajaya
    Labuan

    Ikuti Kami

    Facebook Instagram Youtube Twitter Tiktok Telegram Threads
  • Utama
  • Berita
    • Utama
    • Global
  • Sukan
    • Atlet Wilayah
  • WK2
    • Biz
    • Fokus
    • Singgah
    • Selera
    • Personaliti
  • Selebriti
  • E-Paper
  • WKTV
  • Santai
Berita

Polis tumpaskan sindiket salah guna logo PDRM, KDN dan AADK

One Utama Chinese New Year decorations launch January 17,2019.
  • Editor Wilayahku
  • Dikemaskini 10 Januari 2024
- Diterbit 27 Oktober 2022 11:48 AM MYT

POLIS menumpaskan sindiket menyalahgunakan logo Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) sejak 2013 dengan berselindung di sebalik pertubuhan bukan kerajaan (NGO) susulan penahanan dalang utamanya, Ahad lepas.

Ketua Polis Daerah Sentul ACP Beh Eng Lai berkata lelaki berusia 53 tahun itu ditahan bersama empat lagi lelaki lain berusia 32 hingga 57 tahun dalam serbuan di beberapa lokasi sekitar Lembah Klang pada 23 hingga 25 Okt lepas.

“Hasil serbuan, polis merampas beberapa barangan yang dikaitkan dengan kes penipuan iaitu 19 kemeja-T, 15 topi, 143 pelekat kenderaan, 20 lambang kenderaan, tiga kad kuasa Biro Komuniti Cegah Jenayah, lima kad ahli kehormat, empat acuan cetakan dan lain-lain,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata dua daripada mereka termasuk dalang direman tiga hari bermula Isnin lepas hingga semalam dan telah dibebaskan bersama tiga yang lain dengan jaminan polis sementara menunggu kertas siasatan dilengkapkan.

“Siasatan awal mendapati mangsa telah dipelawa menyertai NGO tersebut oleh kedua-dua suspek untuk menjadi ahli kehormat Biro Komuniti Cegah Jenayah Malaysia dengan tawaran faedah menarik termasuk bayaran RM2,200 sebagai yuran keahlian.

“Mangsa terpedaya apabila tertarik dengan keistimewaan seandainya menyertai pertubuhan itu, mereka akan berjaya melepasi segala sekatan jalan raya oleh polis kerana di dalam kad keahlian itu terdapat tiga logo masing-masing PDRM, KDN dan AADK,” katanya.

Beh berkata semakan rekod jenayah mendapati dalang berkenaan mempunyai satu rekod jenayah lampau iaitu menyamar sebagai penjawat awam.

“Sehingga kini terdapat lebih 500 ahli yang telah terpedaya menyertai pertubuhan tersebut dan empat mangsa telah tampil membuat laporan,” katanya.

Menurut Beh, kes itu disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana memperdayakan mangsa sehingga mengakibatkan kerugian, Seksyen 89(b) Akta Polis 1967 kerana menjual dan membekal tanda atau lencana anggota pasukan polis dan Seksyen 50(3) Akta Pertubuhan 1966 kerana memiliki lambang atau lencana tanpa kelulusan pendaftar. – BERNAMA

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas
AADKBeh Eng LaiKDNlogoNGOpdrm
PrevKembaliPRU15: Parti komponen PN perlu bekerja sebagai satu pasukan
SeterusnyaRemaja ditemui lemas selepas memancing bersama ayah, adik tiriNext

BERITA SEMASA

BSN Mikro MADANI: Salur lebih RM5 bilion untuk 170,000 usahawan mikro

2 hari yang lalu

Bekerja selagi Allah kurniakan tenaga

2 hari yang lalu

Kuala Lumpur–Putrajaya–Labuan bakal jadi segi tiga emas pelancongan negara

2 hari yang lalu

Peningkatan hasil secara progresif

2 hari yang lalu
Facebook Instagram Youtube Twitter Tiktok Telegram Threads

Lokasi

  • Aras 9, Blok 1, Menara Seri Wilayah
  • Kementerian Wilayah Persekutuan
  • Presint 2, 62100, Putrajaya

Hubungi Kami

  • [email protected]
  • 03-88615260

Copyright © 2024 WilayahKu. Hak Cipta Terpelihara.

Facebook Instagram Youtube Twitter Tiktok Telegram Threads

UTAMA

Berita

Nasional
Global
Wawancara
Cakna
Fitnah vs Fakta

Sukan

Atlet Wilayah

WK2

Fokus
Biz
Selebriti
Singgah
Selera
Sketsa Semasa
Personaliti

Artikel

Pojok
Cerita Kedai Kopi
Catatan Kota Batu
Minda
Rencana
Agama
Advertorial
Menarik di WP

Lain-Lain

WK TV
e-Paper Wilayahku
Lensa
WK Shop
Santai
Tentang Kami
Hubungi Kami
E-Aduan

PAUTAN

Kuala Lumpur
Putrajaya
Labuan