Berita

Polis jejak aliran wang, aset GISBH

- Diterbit 27 September 2024 3:48 PM MYT

SIASATAN terhadap GISBH melalui Op Global kini tertumpu kepada usaha menjejaki aliran wang selain aset-aset dikaitkan dengan organisasi itu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, ia turut melibatkan akaun beberapa syarikat berkaitan serta akaun peribadi milik individu tertentu.

“Setakat ini sebahagian besar aset GISBH sudah disita melalui serbuan dalam Op Global baru-baru ini,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Razarudin berkata, proses menjejaki aliran tunai terbabit memakan masa kerana ia melibatkan akaun syarikat dan individu.

Dalam laporan sebelum ini, polis bertindak membekukan 153 akaun dengan 138 akaun berjumlah RM882,795.94 yang dikaitkan dengan GISBH.

Tindakan pembekuan dilakukan mengikut Seksyen 44(1) AMLATFPUAA 2001 (Akta 613) dan penyitaan mengikut Seksyen 45(2) AMLATFPUAA 2001 (Akta 613) dilakukan oleh Pasukan Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram (AMLA), Urus Setia Pejabat KPN, Bukit Aman.

Sebanyak 22 buah kereta pelbagai jenis bernilai anggaran RM1,872,085 dan 14 lot hartanah telah dijalankan tindakan pembekuan. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas