Berita

PM umum Tol Rahmah, diskaun saman trafik dan barangan sempena 1 Syawal

- Diterbit 18 April 2023 7:56 AM MYT

PENGGUNA lebuh raya di negara ini akan menikmati perjalanan bebas tol dari 19 hingga 21 April, serta 24 April ini sempena sambutan Aidilfitri.Pelepasan istimewa itu diumumkan Perdana Menteri Anwar Ibrahim petang ini.

Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pelepasan bayaran tol itu akan dilaksanakan ke atas semua jenis kenderaan yang menggunakan 33 lebuh raya di negara ini.

“Kerajaan bersetuju melaksanakan Tol Rahmah percuma iaitu pengecualian bayaran tol selama empat hari untuk dinikmati semua pengguna jalan raya yang pulang ke kampung halaman,” katanya dalam Sidang Media Khas Perdana Menteri pada Selasa.

Perdana Menteri turut menyatakan bahawa kerajaan bekerjasama dengan pasar raya terpilih untuk menawarkan barangan mentah pada kadar diskaun khas yang akan diberikan kepada pengusaha Menu Rahmah.

Selain itu, beliau turut mengumumkan diskaun untuk saman trafik pada tarikh antara 21 April hingga 21 Mei ini bagi semua saman trafik PDRM (kesalahan tahun 2022 dan sebelumnya).

“Setiap saman boleh dilunaskan dengan kadar harga RM50 dan kadar khas ini tidak terpakai bagi saman trafik yang dikeluarkan pada tahun 2023,” katanya. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas