Berita

PM umum RM35 juta untuk dua program wakaf

ANWAR Ibrahim turut hadir pada acara Bulan Wakaf Kebangsaan di Putrajaya International Convention Centre (PICC).
- Diterbit 27 Februari 2025 1:30 PM MYT

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meluluskan peruntukan RM35 juta untuk menyokong dua program wakaf sebagai sokongan kepada ekosistem wakaf Malaysia.

Katanya, program itu ialah program biasiswa wakaf pendidikan, menerusi kerjasama diantara Yayasan Wakaf Malaysia dengan Perbadanan Tabung Pengajian Tinggi Nasional (PTPTN), MyWakaf PTPTN sebanyak RM30 juta manakala penyaluran RM5 juta sebagai modal awal pembentukan Permodalan Waqaf Nasional Berhad.

“Hari ini kita meningkatkan lagi ikhtiar supaya lebih memberi kesan kepada kegiatan wakaf. Dalam Belanjawan 2025 saya umumkan wujudkan dana RM1 bilion permulaan wakaf Madani

“Kita mahu memberikan suatu pencerahan dan kesedaran kepada umat Islam bahawa wakaf itu harus menjadi suatu perkara yang dibudayakan,” katanya pada sambutan Bulan Wakaf Kebangsaan di Putrajaya International Convention Centre (PICC).

ANWAR Ibrahim turut hadir pada acara Bulan Wakaf Kebangsaan di Putrajaya International Convention Centre (PICC).

Hadir sama, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee dan Ketua Pengarah Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR), Datuk Selamat Paigo.

Menrut Perdana Menteri, kedudukan ekonomi umat Islam itu bukan petanda keupayaan tetapi kesedaran dan sikap semangat untuk memberikan sumbangan kekal melalui wakaf bukan sahaja mengaut kekayaan.

Beliau berkata, kerajaan juga tidak akan mengenepikan tanggungjawab pemerintah untukmenggunakan dana dengan bertanggungjawab dan tidak menyalahgunakan kuasa atau menggunakan kedudukan untuk memperkayakan diri.

“Ratusan juta di sana, ratusan juta ringgit di sini (kaut kekayaan). Jadi kalau tanya saya, maka saya harap dalam beberapa tahun kita dapat hentikan gelagat ini.

“Seluruh jentera kerajaan, majlis-majlis agama atau pendakwah memberikan kesedaran bahawa dalam Islam ini bukan sekadar kamu harus ‘menyakau’ harta, tetapi harta yang kamu ada itu harus kamu mampu mewakafkan,” katanya.-WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas