Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Berita

PM ucap tahniah kepada skuad sepak takraw

Kredit: Facebook Anwar Ibrahim
- Diterbit 23 Mei 2024 10:34 AM MYT

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan ucapan tahniah kepada pasukan sepak takraw Malaysia yang meraih kemenangan apabila menewaskan Thailand pada kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw 2024, semalam.

“Satu pencapaian yang membanggakan dan luar biasa! Tahniah pasukan sepak takraw Malaysia! Moga kemenangan ini akan mendorong lebih banyak kejayaan pada masa akan datang!” menurut Anwar dalam catatan melalui Facebook beliau.

Skuad negara menjuarai acara double dan regu divisyen premier kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw 2024 dengan mengalahkan Thailand 2-0 pada aksi final di Stadium Titiwangsa di sini malam tadi.

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas