Berita

PM sumbang RM50,000 kepada PENA, usaha martabatkan dunia penulisan

Foto: Anwar Ibrahim
- Diterbit 21 Oktober 2024 3:45 PM MYT

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi Setiausaha Politiknya, Farhan Fauzi baru-baru ini telah menyantuni Persatuan Penulis Nasional (PENA) dan menyampaikan sumbangan sebanyak RM 50,000.

Anwar menerusi hantaran yang dimuat naik ke akaun facebooknya berkata, pertemuan itu adalan lanjutan daripada sesi dialog bersama tujuh Sasterawan Negara, Jun lalu.

“Farhan Fauzi telah mewakili saya bagi membincangkan mengenai usaha memartabatkan dunia penulisan dan kesusateraan negara. Pertemuan itu adalah lanjutan daripada sesi dialog antara saya bersama tujuh Sasterawan Negara yang mencetuskan pelbagai idea bernas terkait usaha pemerkasaan seni, budaya dan sastera di negara kita.

“Usai perbincangan dengan pihak PENA, saudara Farhan menyampaikan sumbangan sebanyak RM50,000 bagai pihak saya bertujuan membaik pulih fasiliti rumah persatuan dan tanda sokongan kerajaan terhadap usaha memartabat dunia penulisan dan kesusasteraan negara,” katanya.

Hasil perbincangan dan sumbangan itu juga kata perdana menteri dapat membantu PENA terus memainkan peranan penting bagi mengembangkan bakat, memelihara intelektual serta memperkasa suara penulis tempatan.

Ini juga katanya sebahagian usaha menjadikan Rumah PENA sebagai tumpuan dan pertembungan kegiatan pengkaryaan sastera, bahasa dan budaya. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas