Berita

PM diberi sambutan rasmi sempena lawatan empat hari ke Australia

KREDIT foto: BERNAMA.
- Diterbit 4 Mac 2024 12:00 PM MYT

PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim diberi sambutan rasmi di Rumah Kerajaan, Victoria hari ini sempena lawatan empat hari beliau ke Australia.

Ketibaan Anwar disambut oleh Gabenor Victoria Margaret Gardener dan Perdana Menteri Australia Anthony Albanese.

Majlis itu mendahului perbincangan dua hala dan Mesyuarat Pemimpin Tahunan Australia-Malaysia (ALM) Kedua.

Beliau melakukan lawatan itu atas jemputan Albanese, yang bermula di Melbourne semalam dan berakhir di Canberra pada 7 Mac ini.

Ini adalah lawatan sulung Anwar ke Australia dan beliau mengetuai delegasi Malaysia ke ALM serta Sidang Kemuncak Khas ASEAN-Australia. – BERNAMA

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas