Fokus

Platform ekspresi diri jadi kerjaya

Antara karya Cloakwork yang dihasilkan di Kuala Lumpur. Foto: CLOAKWORK
- Diterbit 21 Julai 2023 12:20 PM MYT

SENI BAHARU ABAD KE-21

BAGI seorang lagi pelukis grafiti bernama Cloakwork, 32, pula grafiti merupakan alternatif karya seni yang baharu seiring dengan peredaran zaman dan dianggap lebih relevan dalam kehidupan abad ke21 berbanding dengan bentuk seni tradisional.

“Bagi sesetengah individu mungkin tidak menyukai seni berbentuk tradisional seperti lukisan, arca dan apabila grafiti diajar sebagai medium alternatif karya seni, ia mungkin memberi inspirasi kepada mereka yang juga merupakan artis grafiti kini untuk mengetengahkan bakat mereka.

“Saya harap karya-karya seni terus dihargai sebagai contoh kalau ada lukisan yang dah lama atau buruk boleh panggil balik artis tersebut untuk touch up balik seterusnya membantu mencantikkan semula pemandangan di kawasan tersebut,” ujarnya yang berterima kasih kepada pihak DBKL kerana telah memberi kawasan khusus buat artis grafiti menghasilkan karya mereka.

Berkecimpung selama 13 tahun di dalam dunia seni grafiti, Cloakwork berharap agar pihak kerajaan terutamanya akan terus menyokong serta mengangkat karya-karya seni artis di Malaysia. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas