Berita

PL digesa tangani isu bekalan air dan elektrik di Labuan

NORIDAH (dua dari kanan) meninjau tapak projek ketika lawatan kerja selama dua hari ke Labuan.
- Diterbit 2 November 2023 11:25 PM MYT

Oleh KHAIRUL IDIN

PERBADANAN Labuan (PL) digesa merancang langkah masa panjang bagi memastikan bekalan air dan elektrik tidak terputus pada masa akan datang.

Menurut Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP), Datuk Noridah Abdul Rahim, Labuan harus mengambil inisiatif untuk memiliki bekalan air dan elektrik yang diuruskan sendiri.

“Perkara itu susulan berlakunya kekurangan bekalan air dan elektrik yang tidak mampu menampung keperluan dan permintaan yang semakin meningkat,” ujar beliau dalam satu kenyataan.

Terdahulu, Noridah mengadakan lawatan kerja selama dua hari di Labuan. Ia merupakan lawatan pertama beliau selepas dilantik sebagai Ketua Pengarah JWP pada 26 September lalu.

Dalam lawatan itu, beliau turut berkesempatan menyantuni warga kerja pengurusan PL dan melawat beberapa tapak projek pembinaan di sekitar Labuan.

Hadir sama, Timbalan Ketua Pengarah JWP, Ramlee Yatim dan Ketua Pegawai Eksekutif PL, Rithuan Mohd Ismail. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas