Berita

Petugas DBKL pantau situasi hujan lebat

- Diterbit 16 November 2024 8:06 AM MYT

PETUGAS Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sedang memantau situasi hujan lebat yang turun di sekitar Ibu kota hari ini.

DBKL berkata kawasan yang sedang adalah Jalan Pudu dan Jalan Sultan (Petaling Street) yang dilaporkan mula dinaiki air.

“Paras air di sungai-sungai utama sehingga pukul 2.45 petang masih di paras normal dan terkawal.

“Para pengguna jalanraya dinasihatkan berhati-hati dan berwaspada selalu,” katanya di Facebook.

Beberapa kawasan di ibu negara dilaporkan mula dinaiki air susulan hujan lebat petang ini.

Sementara itu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) memaklumkan pihaknya belum menerima sebarang panggilan berhubung banjir kilat. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas